Panduan Forex

Tambah Nilai Dagangan

Semasa perdagangan, anda mungkin menghadapi situasi apabila carta harga menghampiri tahap Stop Loss, tetapi anda ingin mengekalkan dagangan dibuka untuk lebih lama, bagi memberi peluang menukar kerugian kepada keuntungan. Dalam keadaan ini, anda boleh menambah wang ke dagangan tersebut ("tambah nilai" / "top-up") untuk menangguhkan penutupan Stop Loss.

Cara ia berfgunsi:

1) Buka dagangan Forex dengan pengganda lebih daripada x1.

2) Tetapkan tahap Stop Loss pada carta.

3) Seret tahap SL ke arah -100%/-50% jumlah transaksi (bergantung pada tahap Stop Out aset tersebut).

4) Dialog pengesahan akan muncul dengan terma-terma baharu untuk dagangan anda. Anda akan ditawarkan untuk meningkatkan jumlah dagangan dan mengurangkan pengganda. Jumlah keseluruhan kedudukan akan kekal sama.

5) Sahkan perubahan. Jumlah yang diperlukan akan ditambah ke dagangan tersebut dari baki akaun anda. Stop Loss akan ditetapkan pada tahap baharu dan dagangan akan kekal dibuka.

Maklumat tambahan:

- Tahap maksimum untuk tambah nilai dagangan dihadkan kepada jumlah yang terdapat dalam akaun perdagangan. Pedagang tidak boleh menambah jumlah yang lebih banyak daripada jumlah baki mereka.

- Tahap maksimum untuk tambah nilai dagangan dihadkan kepada pengganda 1x. Sebaik sahaja pengganda dikurangkan kepada 1x, anda tidak boleh menambah lebih banyak wang kepada dagangan itu.

- Jumlah maksimum tambah nilai dagangan boleh melebihi jumlah transaksi yang telah ditetapkan sebelumnya.

- Tiada komisen dikenakan untuk tambah nilai dagangan Forex.