Bolehkah anda menghasilkan wang melalui perdagangan?
Perdagangan adalah satu cara untuk menghasilkan pendapatan. Oleh itu, keputusan dagangan yang baik memerlukan masa dan usaha. Pedagang yang bagus sentiasa bersabar, mereka tidak membiarkan emosi mempengaruhi mereka dan sentiasa belajar untuk bertambah baik. Mereka mencatatkan segala yang mereka lakukan untuk melihat apa yang berfungsi untuk mereka dan sebaliknya. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan wang melalui keputusan perdagangan yang bijak berdasarkan situasi pasaran.
Bagaimana untuk menjadi pedagang yang berjaya?
Jawapannya bukan satu rahsia. Perdagangan bukan sahaja tentang meramal pergerakan harga tetapi pengurusan risiko dan cara pemikiran. Anda perlu memikirkan semua faktor ini sepanjang perjalanan perdagangan anda.

Adakah anda akan mahir dalam perdagangan?
Tanya diri sendiri jika anda:
- Bertekad
- Dapat menyesuaikan diri kepada mana-mana situasi
- Boleh membuat analisis untuk melihat dan membuat kesimpulan
- Dapat mengawal emosi anda dan membuat keputusan rasional
- Jujur dengan diri sendiri tentang prestasi anda
Jika anda menjawab "Ya" kepada mana-mana soalan ini, teruskan dan cuba berdagang. Mujurnya, terdapat cara yang selamat untuk melakukannya. Pertama, anda boleh melihat bagaimana segalanya berfungsi menggunakan akaun demo. Ia membolehkan anda berdagang dengan wang maya dan menilai kebolehan perdagangan anda di platform itu sendiri. Kedua, anda boleh mula berdagang di akaun sebenar dengan deposit kecil untuk mendapat pengetahuan tanpa pelaburan besar.
Seterusnya
Dalam pelajarn seterusnya, anda akan pelajari cara menentukan jumlah untuk digunakan dalam perdagangan.