Cara mula berdagang

Jenis carta dan rangka masa

Pengetahuan tentang jenis carta dan elemen-elemen carta akan membantu anda membuat ramalan yang kompeten tentang pergerakan harga dan mencari titik yang tepat untuk membuka dagangan.

Jenis carta

Olymptrade menawarkan empat jenis carta. Anda boleh beralih antara carta dalam tetingkap carta.

article image

Carta Kawasan memberi anda gambaran jelas tentang pergerakan harga. Secara asasnya ia adalah carta garisan dengan kawasan yang diwarnakan di bawah garisan itu. Untuk pedagang baharu, carta kawasan menyediakan cara yang mudah untuk memahami trend keseluruhan. Walau bagaimanapun, ia kekurangan maklumat terperinci seperti harga buka, tutup, tinggi dan rendah untuk tempoh yang dipaparkan.

article image

Carta lilin Jepun terdiri daripada segi empat tepat menegak yang digelar lilin. Setiap lilin berdiri untuk satu tempoh, bergantung pada rangka masa yang dipilih. Sebagai contoh, untuk carta 5 minit, setiap lilin menunjukkan aksi harga yang selama 5 minit. "Badan" lilin (bahagian berwarna) mewakili harga buka dan tutup, manakala "sumbu" memaparkan tahap tinggi dan rendah. Jika harga meningkat semasa tempoh ini, lilin berwarna hijau, manakala jika harga menyusut, warnanya merah.

Carta lilin memudahkan analisis visual. Ia membantu mengenal pasti pembalikan atau penyambungan pasaran, dan merupakan sebahagian daripada banyak strategi perdagangan.

article image

Carta Heikin Ashi mempunyai lilin yang diubah suai, yang memaparkan purata data harga untuk menunjukkan trend yang lebih licin. Walaupun ia memudahkan pengesanan trend, carta Heikin Ashi memaparkan maklumat harga dengan kelewatan berbanding carta lilin Jepun.

article image

Bar adalah serupa dengan lilin. Satu-satunya perbezaan ialah ia mempunyai garisan mendatar dan bukan badan yang berwarna. Akibatnya, bar mungkin lebih sukar difahami secara visual untuk seorang pemula. Lilin mungkin pilihan yang lebih baik sehingga anda menjadi lebih selesa mentafsir cata.

article image

Tips: Sebagai pemula, mulakan dengan carta Kawasan untuk memahami trend asas dan secara beransur-ansur beralih kepada lilin untuk analisis yang lebih terperinci.

Rangka masa

Rangka masa menandakan tempoh setiap bar atau lilin pada carta. Rangka masa 5 minit (5m) bermaksud setiap titik mewakili data perdagangan selama lima minit. Panel untuk beralih antara rangka masa juga terdapat dalam tetingkap carta.

article image

Panjang rangka masa akan memberi anda penunjuk tentang tempoh hasil dagangan itu:

- Rangka masa lebih pendek (5s hingga 30m) adalah berguna untuk dagangan "scalp" jangka pendek, di mana anda cuba menghasilkan keuntungan daripada perubahan harga kecil yang berlaku sepanjang beberapa saat atau minit. Dagangan seperti ini lebih berisiko kerana perubahan pada harga yang lebih pesat. Ramai pedagang FTT fokus pada rangka masa ini.

- Rangka masa sederhana (1j hingga 4j) adalah sesuai untuk perdagangan siang. Ia membawa keseimbangan antara trend yang lebih luas dan tindak balas kepada perubahan harga terkini. Kerana itu, anda mendapat nisbah risiko dan ganjaran yang baik.

- Rangka masa lebih panjang (1h, 7h, 1B) lebih berkesan untuk dagangan jangka panjang atau "swing" dan "aras", di mana anda cuba menghasilkan keuntungan daripada perubahan harga yang lebih besar sepanjang beberapa minggu atau bulan dalam mod perdagangan Forex. Selain itu, rangka masa seperti ini boleh membantu anda belajar tentang trend pasaran keseluruhan dan mencegah daripada membuat keputusan terburu-buru.

Tips: Mulakan dengan rangka masa sederhana untuk memahami trend umum sebelum memasuki rangka masa lebih pendek dan lebih berisiko. Untuk mana-mana dagangan, periksa rangka masa iaitu satu atau dua tahap lebih besar daripada rangka masa yang anda ingin gunakan untuk dagangan. Dengan cara ini, anda dapat melihat gambaran luas pergerakan harga. Contohnya, jika terdapat trend aliran menaik pada carta 30m tetapi trend aliran menurun pada carta 1j, kemungkinan harga akan turun akhirnya selaras dengan trend yang lebih besar.

Seterusnya

Dalam pelajaran seterusnnya, anda akan belajar lebih lanjut tentang trend.