Dalam pelajaran sebelum ini, kami telah menyatakan bahawa pedagang boleh meningkatkan keputusan perdagangan mereka dengan melakarkan satu rancangan.
Salah satu elemen utama dalam rancangan perdagangan ialah strategi perdagangan. Anda sudah tahu bahawa strategi perdagangan adalah berdasarkan analisis teknikal atau ekonomi dan membimbing anda untuk membuat dagangan. Anda boleh menggabungkan beberapa staregi pada satu masa. Olymptrade menawarkan pelbagai strategi yang sedia digunakan serta peluang untuk menghasilkan strategi tersuai sendiri. Anda boleh menemui strategi dalam Pasaran atau dengan mengklik ikon Analisis Teknikal pada carta.
Rancangan perdagangan termasuk strategi perdagangan anda dan perkara lain seperti matlamat perdagangan keseluruhan anda, motivasi anda, jurnal perdagangan, psikologi perdagangan dan teknik pengurusan wang dan risiko.

Cara mencipta rancangan perdagangan
1. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda dalam perdagangan. Mungkin anda memiliki kesabaran untuk menunggu kemasukan pasaran yang bagus, atau anda teruja untuk belajar dan meningkatkan kemahiran anda. Anda dapat memanfaatkan kekuatan anda dan memikirkan cara untuk mengurangkan impak titik kelemahan anda.
2. Gariskan apa yang memberi motivasi kepada anda untuk berdagang. Adakah anda berdagang untuk menambah pendapatan, atau kerana anda menikmati prosesnya?
3. Tuliskan objektif perdagangan anda Mempunyai matlamat untuk ditujui akan membantu anda mengekalkan hala yang betul. Ia akan menjadi lebih mudah untuk menutup dagangan anda pada masa yang ditentukan dan bukan meningkatkan risiko anda dengan mengekalkannya terbuka kerana mengharapkan lebih keuntungan. Pastikan anda menetapkan matlamat yang realistik.
4. Semak strategi perdagangan anda. Pastikan strategi yang anda gunakan adalah sesuai dengan keadaan pasaran dan aset yang anda pilih. Jadikan kebiasaan untuk menguji strategi baharu pada akaun demo.
5. Luangkan masa untuk membaca berita. Penting untuk tahu perkembangan ekonomi utama dan pasaran kewangan di dunia, jadi pilihlah sumber yang boleh dipercayai dan pantau maklumat itu sebagai sebahagian daripada rutin perdagangan anda.
6. Gariskan pendekatan pengurusan risiko anda. Anda perlu pilih berapa banyak untuk dibelanja untuk setiap dagangan dan sama ada untuk meningkatkan jumlah ini berkadaran dengan pertumbuhan akaun anda. Adalah penting agar anda mengikuti rancangan ini melainkan anda memutuskan untuk menukar pendekatan anda secara sengaja, dalam hal ini anda harus merekodkannya dalam rancangan dagangan anda.
7. Pantau emosi anda. Apabila anda menganalisa emosi anda semasa perdagangan sehingga cukup untuk memahaminya, anda akan tahu apa yang harus dijangka, menjadi lebih cekap untuk mengawal diri dan kekal tenang semasa keadaan tertekan.
8. Menyimpan jurnal perdagangan. Tuliskan sebab-sebab anda membuka dan menutup setiap dagangan, begitu juga sasaran anda dan emosi yang dialami semasa setiap peringkat aktiviti perdagangan anda. Lebih banyak maklumat yang anda ada, lebih mudah untuk menganalisa dagangan anda dan belajar daripada pengalaman anda. Jika anda tidak merekod apa-apa maklumat, maka anda tidak dapat mengingati butiran dagangan tertentu, yang bermaksud anda cenderung mengulang kesilapan anda dan kurang kemungkinan untuk berkembang daripadanya.
9. Luangkan masa untuk menganalisa dagangan terdahulu. Anda mungkin tertarik untuk tertumpu hanya pada dagangan tertentu. Walau bagaimanapun, jika anda ingin bertambah baik sebagai seorang pedagang, anda perlu mengkaji semula aktiviti anda dan meluaskan pengetahuan anda.