Cara mula berdagang

Emosi semasa berdagang

Dalam beberapa pelajaran pertama dalam kursus ini, kami telah mengatakan bahawa semasa perdagangan, anda mungkin diselubungi pelbagai emosi — teruja, takut, tamak, berharapan, sesal dan banyak lagi. Setiap satu emosi ini mempengaruhi keputusan perdagangan anda. Akibatnya, anda perlu mengenal pasti emosi ini dan mengawalnya.

Emosi negatif

1. Ketakutan ialah emosi yang biasa dialami oleh pedagang, secara khususnya semasa kemeruapan pasaran. Takut dengan kerugian boleh menggesa anda untuk menutup dagangan terlalu awal atau mengelakkan perdagangan sama sekali. Sebaliknya, takut terlepas (FOMO) boleh mendorong anda membuat keputusan yang terburu-buru. Contohnya, anda mungkin melihat harga sesuatu aset menaik dengan mendadak, jadi anda membuka dagangan Naik tanpa membuat sebarang analisis, dan kemudian kehilangan wang kerana trajektori ke atas telah pun mencapai puncaknya dan mula menurun.

article image

Mengiktiraf ketakutan ini dan membuat keputusan berdasarkan analisis rasional adalah penting.

2. Ketamakan, seperti ketakutan boleh membawa kepada keputusan perdagangan yang impulsif dan berisiko. Apabila dagangan Forex mula menghasilkan keuntungan, ketamakan boleh menggoda anda untuk memastikan ia dibuka lebih lama daripada yang dirancang dengan harapan mendapat keuntungan yang lebih tinggi, selalunya mengakibatkan kerugian apabila pasaran berubah. Ketamakan juga boleh menyebabkan anda berdagang secara berlebihan atau mengambil risiko yang tidak perlu pada satu dagangan. Contohnya, anda mungkin memutuskan untuk membuka dagangan menggunakan keseluruhan baki akaun anda untuk menghasilkan keuntungan yang lebih cepat. Bagi menguruskan ketamakan, buat rancangan perdagangan, ikutnya dan tetapkan jangkaan keuntungan yang realistik.

3. Harapan mungkin emosi yang sukar untuk ditangani semasa berdagang. Apabila dagangan gagal, harapan boleh menyebabkan anda mengekalkan dagangan itu sementara anda menunggu pasaran mengalami pengunduran. Ini boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar jika pasaran terus bergerak bertentangan ramalan anda. Adalah penting untuk mempunyai strategi jelas untuk keluar dari dagangan dan bersedia untuk menerima sebarang kerugian apabila ia berlaku.

4. Sesal adalah satu lagi emosi yang biasa dalam perdagangan. Anda boleh menyesal peluang yang terlepas atau dagangan yang tidak berlaku seperti yang dirancang. Walaupun biasa untuk menyesal, jangan biarkan ia menguasai keputusan perdagangan anda di masa depan. Sebaliknya, belajar daripada pengalaman ini untuk menambah baik strategi perdagangan anda.

Emosi positif

Perdagangan juga boleh menimbulkan emosi positif, seperti keterujaan dan kepuasan. Emosi-emosi ini boleh memberi motivasi dan menjana hasil, tetapi ia juga boleh membuat anda terlalu yakin. Sebagai contoh, selepas beberapa dagangan berakhir dengan keuntungan, anda mungkin berasa yakin dengan pasaran dan melabur jumlah yang banyak dalam satu dagangan tanpa analisis dan perancangan yang teliti. Jika dagangan itu merugikan, ia boleh mengatasi keuntungan anda sebelum itu dan mengembalikan anda ke tapak permulaan. Kerana itu adalah penting untuk sentiasa berfikiran waras dan berdisiplin, walaupun semasa anda menikmati kejayaan.

Menguruskan emosi

Emosi adalah bahagian penting dalam perdagangan, dan tidak mengapa jika anda merasainya — pada penghujung hari, anda seorang manusia. Matlamatnya bukan untuk menghapuskan emosi tetapi untuk mengawal dan menyalurkannya agar mengehadkan impaknya ke atas keputusan anda.

Anda boleh mengambil langkah-langkah ini:

1. Amalkan kesedaran minda. Perhatikan emosi anda tanpa kritikan dan fahami bagaimana ia mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anda. Kesedaran ini akan membantu anda bertindak balas dengan cara yang lebih bijak dan terkawal.

2. Buat perancangan perdagangan dan ikutinya. Ini adalah penyelesaian yang mudah tetapi paling berkesan untuk mengekalkan kestabilan dan kawalan. Rujuk kepada pelajaran sebelum ini tentang strategi-strategi perdagangan untuk memilih satu yang sesuai untuk anda.

3. Kekalkan perspektif yang seimbang. Jika anda menganggap perdagangan sebagai satu proses dan bukannya fokus pada hasil satu dagangan, anda boleh mengurangkan naik turun emosi. Itu akan menjadikan perdagangan lebih stabil dan suatu pengalaman yang positif. Setiap dagangan, tidak kira hasilnya adalah satu peluang untuk belajar dan berkembang.

Seterusnya

Dalam pelajaran seterusnya, anda akan pelajari cara membina pemikiran perdagangan yang akan membantu anda membuat keputusan perdagangan yang cekap.