Cara mula berdagang

Mod Fixed Time

Dagangan Fixed Time (FTT) adalah dagangan jangka pendek dengan tempoh yang tetap, biasanya anatara 1 hingga 60 minit. Untuk membuka mod ini, klik pada nama aset di atas carta. Ketik tab Fixed Time dan pilih aset dagangan.

article image

Anda perlu meramal jika harga aset akan naik atau turun semasa tempoh tertentu, dan kemudian melaburkan wang dalam dagangan anda.

Jika ramalan anda betul, anda akan menghasilkan wang. Potensi keberuntungan ditunjukkan terlebih dahulu — anda boleh melihat peratusan ini disenaraikan berhampiran nama aset. Contohnya, dalam tangkapan skrin di atas, keberuntungan perdagangan GBP/USD ialah 82%. Ini bermaksud anda akan memperoleh $8.2 jika anda melabur $10. Anda akan memperoleh keuntungan ini tidak kira tempoh dagangan yang anda pilih — sama ada satu minit atau satu jam.

Jika ramalan anda tidak betul, anda akan kehilangan jumlah yang dilaburkan dalam dagangan itu. Dalam contoh ini, $10.

Cara membuka dagangan FTT

1. Pilih aset dagangan dan buat ramalan anda mengenai harganya. Untuk melakukan ini, anda boleh menggunakan alat analisis carta dan strategi perdagangan yang akan diterangkan kemudian dalam kursus ini.

2. Dalam panel perdagangan, pilih jumlah dagangan. Ingat tips tentang jumlah dagangan dan pengurusan wang dari sesi yang lepas.

3. Rangka masa ramalan anda dirujuk sebagai tempoh.

4. Klik Naik atau Turun, bergantung pada ramalan anda.

article image

Dagangan akan ditutup secara automatik setelah mencapai tempoh dagangan, dan untung atau rugi yang terhasil akan didaftarkan pada akaun anda. Anda juga boleh memilih untuk menutup dagangan lebih awal, tetapi dalam hal ini, anda mungkin kehilangan sebahagian daripada jumlah yang dibelanjakan untuk dagangan ini.

Bila untuk berdagang dengan mod FTT

Ramai pedagang bermula dengan mod FTT kerana ia mudah difahami. Anda tidak perlu meramal seberapa banyak harga akan naik atau turun, anda hanya perlu meramal arah dan tetapkan tempoh dagangan. Ingat: Bukan sentiasa mudah untuk membuat ramalan yang betul. Apabila anda menggunakan rangka masa yang sangat pendek, seperti 1 hingga 15 minit, harga boleh membuat pergerakan yang tidak dijangka yang digelar "hingar pasaran". Akibatnya, anda perlu menyesuaikan diri kepada naik turun pasaran (walaupun dengan FTT anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat hasil dagangan anda).

Berikut adalah pengesyoran umum untuk perdagangan FTT:

1. Cari trend yang aktif. Dengan cara ini, ia lebih mudah untuk meramal kedudukan harga apabila pesanan dagangan berakhir. Walaupun harga sedikit lebih tinggi daripada harga pembukaan, anda akan menerima pulangan tetap dengan dagangan Naik.

2. Mulakan dengan dagangan ujian yang kecil untuk mengesahkan kebolehlaksanaan trend. Jika ia berkesan, lakukan lebih banyak dagangan pada arah yang sama dengan setiap kejayaan.

3. Perhatikan pembalikan harga, dan bersabar untuk menantikan gelombang trend yang seterusnya.

4. Kekalkan jumlah dagangan yang kecil secara relatif kepada deposit anda, walaupun jika anda teringin untuk meningkatkan jumlah dagangan.

5. Jejak kejayaan dan kesilapan anda untuk belajar daripada kesilapan anda.

Seterusnya

Dalam sesi yang berikutnya, anda akan pelajari bagaimana mod Forex berbeza daripada FTT dan bila pedagang menggunakannya.