Dalam mod Forex, anda bukan sahaja perlu meramalkan arah harga (Beli atau Jual) tetapi juga meramalkan sejauh mana harga akan bergerak dalam arah tersebut.
Bayangkan anda menjangka USD/CAD untuk menaik ke 1.3600 jika ia berjaya melepasi 1.3520.

Anda boleh membuka dagangan Naik dari 1.3520 dengan mengklik Dayakan Pesanan dan memilih titik harga ini. Untuk menutup dagangan secara automatik pada 1.3600, klik Penutupan Automatik dan tetapkan tahap ini sebagai Take Profit.
Seperti FT, anda perlu memilih satu jumlah untuk dilaburkan dalam dagangan ini. Dalam mod Forex, anda boleh meningkatkan jumlah dagangan anda menggunakan satu pengganda. Contohnya, dengan pengganda x50, anda akan berdagang seumpama dengan $50 dan bukan $1 yang dilaburkan sebenarnya. Jika dipraktikkan, ini bermaksud setiap kali harga bergerak mengikut ramalan anda ia akan membawa 50 kali ganda keuntungan berbanding tanpa pengganda, dan anda akan lebih cepat mencapai sasaran keuntungan anda. Perhatikan bahawa penggunaan pengganda meningkatkan potensi untung dan rugi anda sekiranya harga bergerak melawan ramalan anda.
Untuk USD/CAD, jika anda melabur $10 dalam satu dagangan dan harga menaik dari 1.3520 ke 1.3600, anda akan mendapat kira-kira $6 dengan pengganda x100 dan kira-kira $30 menggunakan pengganda x500 (komisen untuk dagangan tidak diambil kira).
Cara membuka dagangan Forex
Untuk membuka dagangan Forex, klik pada nama aset di atas carta. Ketik tab Forex dan pilih aset dagangan.
1. Pilih aset dagangan dan buat ramalan anda tentang harga. Untuk melakukan ini, anda boleh menggunakan alat analisis carta dan strategi perdagangan yang akan diterangkan kemudian dalam kursus ini.
2. Dalam panel perdagangan, pilih jumlah dagangan. Ingat tips tentang jumlah dagangan dan pengurusan wang dari sesi yang lepas.
3. Pilih pengganda untuk meningkatkan jumlah dagangan anda.
4. Klik Beli atau Jual, bergantung kepada ramalan anda.

Untuk menutup dagangan pada harga pasaran semasa, klik butang Tutup. Anda juga boleh menggunakan ciri Penutupan Automatik dan tetapkan Take Profit dan Stop Loss terlebih dahulu. Take Profit akan menutup dagangan anda secara automatik setelah ia mencapai sasaran keuntungan anda. Anda boleh menetapkan sasaran ini dalam salah satu mata wang tersebut atau poin peratusan. Stop Loss menutup dagangan anda secara automatik dan mengehadkan kerugian anda jika harga bergerak ke arah bertentangan. Sekali lagi, anda boleh menetapkan tahap ini sebagai bilangan unit mata wang atau poin peratusan.
Anda akan melihat jumlah untung atau rugi untuk dagangan anda dalam tab Dagangan di platform. Walaupun anda telah mendayakan Penutupan Automatik, anda boleh menutup dagangan pada bila-bila masa sebelum harga mencapai tahap Take Profit dan Stop Loss anda.
Berikut adalah pengesyoran umum untuk perdagangan Forex:
1. Mod perdagangan ini adalah sesuai untuk anda jika anda mempunyai ramalan ke mana harga mungkin bergerak. Contohnya, jika anda bukan sahaja menjangka EUR/USD untuk meningkat tetapi berpendapat ia akan mencapai tahap tertentu, anda boleh menjana keuntungan melalui pergerakan ini dengan membuka dagangan Forex dan menetapkan Take Profit pada tahap ke mana harga mungkin mencapai.
2. Pola carta berbeza, seperti Head and Shoulders, Double top dsb, adalah amat berguna untuk mod Foredx kerana ia memberi bimbingan tentang sasaran keuntungan.
3. Anda boleh menggunakan mod Forex untuk berdagang mengikut berita ekonomi. Contohnya, jika terdapat pengumuman data tentang inflasi di Amerika Syarikat, harga USD akan menaik atau menurun, membolehkan anda memperdagangkan ketaktentuan ini.
4. Ingat bahawa penggunaan pengganda boleh meningkatkan potensi untung dan juga rugi.
5. Untuk mengembangkan baki akaun anda, anda harus memastikan potensi untung anda (Take Profit) melebihi potensi rugi (Stop Loss) dalam setiap dagangan. Contohnya, jika anda menetapkan Take Profit pada $15, Stop Loss boleh ditetapkan tiga kali ganda lebih kecil, pada $5.
Seterusnya
Dalam sesi yang seterusnya, kami akan membandingkan FTT dan Forex, serta memberikan lebih banyak tips untuk memilih antara mod perdagangan ini.