Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk berdagang?
Terdapat salah tanggapan umum bahawa sekurang-kurangnya $1,000 diperlukan untuk memulakan dagangan. Itu tidak benar. Deposit minimum yang diperlukan di Olymptrade ialah $10 atau €10, manakala jumlah dagangan minimum ialah $1 atau €1. Ini bermakna anda boleh membuka beberapa posisi perdagangan walaupun dengan deposit minimum. Ia cukup untuk mencuba perdagangan dan mengenali pasaran. Namun begitu, adalah penting untuk mempunyai jangkaan realistik. Kebarangkalian untuk menghasilkan sejuta dengan pelaburan $10 tidak tinggi.
Terdapat hubungan langsung antara jumlah dagangan dan potensi keuntungan anda. Lebih banyak dana anda melaburkan dalam posisi perdagangan, semakin tinggi potensi pendapatan anda.
Mari kita lihat aset dengan 82% keberuntungan:
- Jika anda melabur $10, keuntungan anda ialah $8.2.
- Jika anda melabur $100, keuntungan anda ialah $82.

Tips #1: Mula kecil
Anda boleh mula berdagang dengan hanya $10. Walau bagaimanapun, jumlah yang sedikit lebih tinggi ($20 hingga $50) memberikan anda lebih fleksibiliti dalam menguruskan dagangan anda. Itu adalah cukup pada permulaan kerjaya perdagangan anda.
Bermula kecil mempunyai kelebihan tersendiri. Berdagang di akaun sebenar dengan deposit kecil membolehkan anda belajar dan mendapat pengalaman. Pada masa yang sama, ia mempunyai risiko kerugian yang kecil sahaja, jadi anda tidak berasa terlalu stres.
Tip #2: Pertimbangkan risiko dan ganjaran
Dalam perdagangan fixed-time (FTT), anda meramal sama ada harga akan naik atau turun semasa tempoh tertentu. Sebelum membuka dagangan, anda ditunjukkan keuntungan yang boleh diperoleh jika ramalan anda betul. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika aset mempunyai 82% kebarangkalian, anda boleh hasilkan $8.2 tambah deposit $10 anda.
Ingat bahawa walaupun baki akaun anda boleh berganda dengan cepat, dagangan yang tidak bernasib baik boleh melesapkan pelaburan anda. Itulah sebabnya penting untuk mengelak daripada membelanjakan keseluruhan deposit anda pada satu dagangan.
Tip #3: Jangan risikokan semua deposit anda
Untuk mengurangkan risiko, jangan gunakan lebih daripada 10% deposit anda dalam satu dagangan. Biasanya, ia disyorkan untuk membelanjakan 1% hingga 5% daripada baki akaun pada satu dagangan.
Contohnya:
- Dengan deposit $100, anda boleh dagangkan $5 dengan selamat dan peroleh kira-kira $1 hingga $4.5, bergantung pada kebarangkalian aset itu.
- Dengan deposit $500, anda boleh dagangkan $25 dengan selamat dan peroleh kira-kira $5 hingga $22.5.
Dalam setiap kes, walaupun dagangan tidak berjaya, anda masih mempunyai wang yang mencukupi untuk membuka 19 lagi dagangan untuk jumlah yang sama.
Tip #4: Rancang bajet perdagangan anda
Pastikan anda membuat anggaran toleransi risiko anda dengan betul. Walaupun anda boleh menentukan bajet perdagangan anda dari perspektif keuntungan yang boleh dihasilkan, semak bahawa jumlah deposit berpadanan dengan situasi kewangan anda.
Untuk mengira bajet perdagangna yang optimum:
1. Pilih jumlah pelaburan setiap dagangan berdasarkan potensi keuntungan dengan mengira: Potensi Keuntungan / Keberuntungan = Jumlah Dagangan. Jika anda menggunakan mod Forex, tentukan jumlah maksimum atau Stop Loss yang anda risikokan bagi setiap dagangan.
2. Bahagikan jumlah yang dikira dalam Perkara 1 diatas dengan peratusan risiko yang anda pilih. Seperti yang diterangkan, peratusan risiko yang disyorkan ialah 1% hingga 5%.
3. Angka yang dihasilkan adalah baki akaun optimum anda. Pastikan ia adalah wang yang anda mampu kehilangan.
Jadi, jika anda ingin menghasilkan potensi keuntungan $10 dengan memperdagangkan aset dengan 80% keberuntungan, jumlah dagangan anda sepatutnya $12.5. Jika anda selesa merisikokan 5% daripada baki akaun anda dalam satu dagangan, maka baki akaun optimum atau bajet anda ialah $250.
Isi utama
1. Semasa merancang bajet perdagangan anda, ingat bahawa anda melakukannya untuk berdagang secara efektif dan selesa. Hanya gunakan wang yang anda mampu kehilangan.
2. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Fokus pada gaya perdagangan dan toleransi risiko anda sendiri.
3. Jika anda seorang pemula, mulakan dengan deposit minimum.
4. Lakukan perdagangan secara sistematik: Fokus pada kenaikan baki akaun anda secara beransur-ansur dan jangan sesekali menggunakan kesemuanya dalam satu dagangan.
5. Kira bajet perdagangan anda untuk membentuk deposit yang dapat meliputi 10 hingga 20 dagangan.
6. Walaupun tiada had kepada hasil keuntungan yang boleh diperoleh, adalah penting untuk menetapkan jangkaan yang realistik. Banyak bergantung pada saiz pelaburan dan pengurusan risiko yang betul.
Seterusnya
Dalam pelajaran seterusnya, anda akan belajar mengenai aset dan mod perdagangan.