Kami telah pun menyentuh tentang pengurusan risiko dalam kursus ini semasa membincangkan jumlah dagangan dan pembukaan dagangan. Mari kita kaji dan ringkaskan tips yang akan membantu anda memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kerugian.
1. Hanya berdagang dengan wang yang anda mampu kehilangan. Pastikan anda berdagang dengan yang anda tidak perlukan untuk keperluan asas.
2. Pilih dengan bijak berapa banyak untuk dibelanjakan pada satu dagangan. Untuk mengurangkan risiko, jangan gunakan lebih daripada 10% deposit anda dalam satu dagangan. Pengesyoran standard adalah antara 1% dan 5% daripada baki akaun perdagangan anda untuk satu dagangan.
3. Kepelbagaian. Bahagikan dagangan anda merentas pelbagai aset yang berlainan, seperti pasangan matawang, indeks dan logam. Kepelbagaian boleh membantu mengimbangi kerugian dalam satu bidang dan keuntungan dalam bidang lain, seterusnya mengurangkan risiko keseluruhan bagi portfolio perdagangan anda.
4. Gunakan Stop Loss dan Take Profit. Dalam mod Forex, gunakan Stop Loss untuk mengehadkan kerugian anda dan Take Profit untuk mengunci keuntungan anda. Tetapkan Stop Loss pada tahap yang memberikan sedikit ruang untuk perubahan harga tetapi juga melindungi anda daripada kerugian yang besar. Untuk meningkatkan baki akaun anda, anda harus pastikan potensi keuntungan anda (Take Profit) melebihi potensi kerugian (Stop Loss) dalam setiap dagangan. Contohnya, jika anda tetapkan Take Profit pada $15, Stop Loss boleh ditetapkan tiga kali lebih kecil, seperti $5. Ingat bahawa penggunaan pengganda akan meningkatkan kedua-dua potensi keuntungan dan kerugian.
5. Bina rancangan perdagangan dan ikutinya. Rancangan ini harus menggariskan matlamat, toleransi risiko, strategi perdagangan dan kriteria anda untuk masuk dan keluar daripada dagangan. Dengan mengikuti rancangan anda, anda boleh membuat keputusan yang lebih rasional dan berdisiplin dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau turun naik pasaran jangka panjang.
Apabila anda tahu bahawa anda telah mempertimbangkan risiko dengan teliti, anda boleh berasa tenang dan yakin untuk mencapai matlamat perdagangan anda. Pendekatan ini memastikan kewangan anda terkawal dan fikiran anda jelas supaya anda boleh berdagang dengan menguntungkan.
Seterusnya
Dalam bahagian seterusnya, anda akan belajar cara untuk terus membanguna sebagai seorang pedagang.