Cara mula berdagang

Penunjuk Teknikal

Dalam pelajaran sebelumnya, anda belajar cara untuk menganalisis carta dengan bantuan instrumen lukisan. Anda boleh meningkatkan analisis anda dengan menggunakan penunjuk teknikal.

Penunjuk (indikator) ialah alat analisis teknikal berdasarkan formula matematik. Dengan penunjuk, anda tidak perlu membuat sebarang pengiraan. Hanya klik pada ikon Analisis Teknikal dalam tetingkap carta di Olymptrade dan pilih satu penunjuk. Ia akan menunjukkan maklumat penting tentang dinamik harga dengan pantas.

Sebab-sebab untuk menggunakan penunjuk

Bayangkan penunjuk sebagai pembantu perdagangan peribadi anda. Ia menganalisis semua data pasaran yang kompleks, membuat perhitungan dan memberi anda gambaran yang lebih mudah tentang keadaan pasaran. Lihat fungsi-fungsinya:

1. Mengesan trend

Penunjuk trend seperti Purata Bergerak Mudah (SMA) boleh membantu anda menentukan arah pergerakan harga. Jika harga melebihi SMA, trend aliran menaik sedang berlaku. Jika ia di bawah SMA, anda sedang melihat trend aliran menurun.

2. Tentukan jika aset terlebih beli atau terlebih jual

Penunjuk yang dikenali sebagai osilator boleh memberitahu anda apabila pasaran mengalami lebihan. Contohnya, Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan bila harga bergerak naik terlalu cepat. Apabila RSI melebihi 70, ini bermakna aset terlebih beli dan harganya mungkin menyusut tidak lama lagi. Sebaliknya, jika RSI jatuh ke bawah 30, aset terlebih jual dan harganya mungkin menaik.

article image

3. Mengurangkan hingar-bingar pasaran

Carta harga seringkali kelihatan sibuk, dengan pergerakan harga yang tidak menentu, secara khususnya semasa rangka masa intrahari seperti 30m. Penunjuk boleh melicinkan data harga, menjadikannya lebih mudah untuk melihat pendasar trend atau pola.

4. Menghasilkan isyarat

Penunjuk boleh memberikan isyarat tentang bila untuk masuk atau keluar dari dagangan. Contohnya, persilangan dalam Purata Bergerak mungkin menandakan masa yang baik untuk membuka dagangan, manakala harga yang mencapai tahap terlebih beli atau terlebih jual pada RSI mungkin menandakan masa untuk keluar.

5. Mengesahkan isyarat dagangan

Penunjuk boleh digunakan untuk mengesahkan pendapatan analisis teknikal yang lain. Contohnya, bacaan tinggi pada penunjuk Volum boleh mengesahkan penembusan harga yang bermaksud harga telah melepasi tahap sokongan atau rintangan.

Kelemahan penunjuk

Walaupun penunjuk amat berguna, ia bukan penilik nasib. Ambil perhatian bahawa alat ini tidak bergantung pada maklumat luaran, ia hanya menggambarkan perkara yang sudah ada pada carta harga. Akibat itu, isyarat dagangan yang dijana oleh penunjuk tertentu mungkin tertangguh.

Adalah penting untuk memahami faedah dan had penunjuk. Tiada satu penunjuk terbaik yang dapat melakukan setiap perkara untuk anda, jadi jangan bazir masa anda untuk mencarinya. Ingat bahawa setiap penunjuk mempunyai fungsi tersendiri. Ketahui apa fungsinya sebelum menggunakan alat, dan penunjuk akan memainkan peranan dalam membantu anda membuat keputusan perdagangan yang termaklum.

Akhirnya, gunakan dua atau tiga penunjuk untuk mengesahkan isyarat. Jika semua penunjuk yang anda gunakan memberi isyarat yang sama pada masa yang sama, isyarat itu lebih selamat untuk dipercayai.

Tips untuk pemula

Jika anda baru mula menggunakan penunjuk, ingat beberapa pengesyoran ini:

1. Lebih ringkas lebih baik. Anda tidak perlu menggunakan penunjuk yang rumit pada mulanya. Mulakan dengan penunjuk yang mudah seperti SMA atau RSI. Biasakan diri dengan penunjuk ini sebelum anda menerokai penunjuk yang lebih rumit.

2. Elak daripada mengguna terlalu banyak penunjuk. Jangan penuhi carta dengan terlalu banyak penunjuk. Ia mungkin mengelirukan, dan anda mungkin mendapat isyarat bercampur. Pilih beberapa jenis penunjuk yang berbeza, contohnya Purata Bergerak dan satu osilator.

3. Lihat gambaran luas. Jangan biarkan penunjuk menjadi satu-satunya penentu keputusan perdagangan anda. Pasangkan dengan teknik analisis yang lain, seperti aksi harga dan analisis asas. Penunjuk merupakan hanya sebahagian daripada kit alat perdagangan anda, dan bukan keseluruhan kotak alat anda.

Ah, selesai! Penunjuk tidak langsung menakutkan, bukan? Ya, ia sememangnya konsep yang baru, tetapi dengan sedikit latihan, anda akan berasa lebih selesa menggunakannya.

Seterusnya

Dalam beberapa pelajaran yang seterusnya, anda akan pelajari bagaimana penunjuk teknikal dan alat lain digabungkan untuk mencipta strategi perdagangan.