Menguasasi analisis pasaran adalah kemahiran yang penting. Walau bagaimanapun, ia melibatkan banyak emosi, jadi pengetahuan teknikal sahaja tidak mencukupi. Kerana ini, anda perlukan cara pemikiran yang betul untuk menangani ketaktentuan pasaran dan bertindak balas dengan wajar kepada situasi perdagangan yang berbeza.
Cara pemikiran yang kuat termasuklah:
1. Disiplin. Ikuti rancangan dan amalkan amalan pengurusan risiko yang sihat.
2. Kebolehsuaian. Mengubah suai strategi dan proses pembuatan keputusan anda untuk bertindak balas kepada perubahan dalam pasaran.
3. Kesabaran. Menunggu detik yang optimum untuk membuka dan menutup dagangan.
4. Optimisme. Menganggap cabaran sebagai peluang untuk belajar dan bertambah baik dan bukan sebagai ancaman.
5. Keseimbangan. Jangan terlalu dipengaruhi oleh kejayaan atau terlalu kecewa dengan kegagalan.
6. Keterbukaan. Teruskan sifat ingin tahu, minda terbuka dan komited kepada pembelajaran dan penambahbaikan.
Kembangkan kualiti ini dan tumpukan perhatian pada objektif jangka panjang dan bukannya keputusan jangka pendek. Berikut adalah beberapa amalan terbaik yang boleh membantu anda bersedia secara mental untuk perdagangan:
1. Terima bahawa perdagangan adalah sesuatu yang menyebabkan stres. Jika anda sedar mengenai cabaran psikologi yang dibawa oleh perdagangan, anda lebih bersedia dan akan mencapai keputusan yang lebih bagus.
2. Bermula dengan perlahan. Mulakan dengan bilangan kecil dagangan pada jumlah yang kecil. Apabila anda menjadi lebih yakin dalam kemahiran perdagangan anda, anda boleh mula membuat dagangan yang lebih besar.
3. Kekalkan tahap stres yang rendah. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan mengambil masa untuk berjalan-jalan di luar, relaks dan meluangkan masa dengan keluarga.
4. Membina tabiat yang baik. Cari masa dalam sehari untuk berlatih dan belajar sesuatu yang baru tentang perdagangan. Gabungkan apa yang dipelajari dalam jadual anda dan suaikannya kepada tahap tenaga anda. Jika anda tidak dapat belajar sendiri, sertai webinar dan pastikan anda hadir.
Seterusnya
Dalam pelajaran seterusnya, kami akan mengkaji prinsip-prinsip pengurusan risiko.