Cara mula berdagang

Trend dan pembetulan, sokongan dan rintangan.

Sekarang anda tahu jenis-jenis carta dan rangka masa, kini masa untuk mempelajari pergerakan harga sebenar untuk aset-aset berlainan. Ambil maklum bahawa sesuatu yang berkaitan dengan analisis carta harga, seperti analisis teknikal, berfungsi untuk semua aset. Dalam pelajaran ini, kami akan memberi fokus pada penganalisis data mentah daripada carta harga, yang dikenali sebagai tindakan harga.

Trend dan pembetulan

Trend mewakili arah umum pergerakan harga sesuatu aset. Trend boleh bergerak menaik (bulis), menurun (bearis) atau sisi ke sisi (ranging).

- Trend aliran menaik disifatkan oleh harga yang mencatatkan aras tinggi yang lebih tinggi (higher highs) (HH) dan aras rendah yang lebih tinggi (lower lows) (HL). Ia kelihatan seperti beberapa siri puncak dan jurang, dengan setiap puncak lebih tinggi daripada puncak sebelumnya dan setiap jurang lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

- Trend aliran menurun sebaliknya, menunjukkan harga mencatatkan aras rendah yang lebih rendah (LL) dan aras tinggi yang lebih rendah (LH). Ini adalah siri puncak dan jurang yang berkurang.

- Pasaran mendatar atau sisi ke sisi tidak menunjukkan trend aliran menaik atau aliran menurun yang jelas. Harga sebaliknya naik turun dalam satu julat.

Pembetulan pula, adalah pembalikan harga sementara bagi trend aliran menaik atau trend aliran menurun keseluruhan. Ia secara lazim bersaiz lebih kecil berbanding trend keseluruhan dan tidak menandakan perubahan dalam trend keseluruhan.

article image

Tip #1: Sebagai pemula, ikuti peraturan, "Trend ialah sahabat anda". Ini bermaksud membuka dagangan Naik semasa trend menaik dan dagangan Turun semasa trend menurun. Ramai percaya bahawa trend cenderung akan berterusan berbanding mengalami pembalikan. Oleh itu, membuka dagangan mengikut arah trend secara lazim menghasilkan ganjaran yang lebih tinggi dengan risiko lebih rendah berbanding berdagang lawan trend atau satu pembetulan.

Cara mengesan trend

Analisis visual adalah cara yang mudah namun efisien untuk menentukan trend harga. Nantikan trend aliran menaik HH dan HL dan LH dan LL untuk trend aliran menurun.

Gunakan garisan trend untukm enandakan trend pada carta. Klik ikon Analisis Teknikal dalam tetingkap carta, pilih instrumen lukisan dan pilih Garisan Trend. Lukiskan garisan yang menyambungkan titik rendah dalam aliran menaik atau titik tinggi dalam aliran menurun. Ini dapat membantu anda menggambarkan trend dan merancang dagangan dengan sewajarnya. Apabila anda membuat unjuran garisan ini ke masa hadapan, harga berkemungkinan melantun daripadanya pada kali seterusnya ia menghampiri garisan itu.

Anda juga boleh menggunakan penunjuk teknikal untuk mengesan trend. Contohnya, Purata Bergerak (MA) boleh melicinkan data harga. Harga di atas MA secara lazim menandakan trend aliran menaik, manakala harga di bawah MA menandakan trend aliran menurun.

Secar keseluruha, pilihan terbaik ialah untuk melukiskan garisan trend dan menggunakan penunjuk untuk mengesahkan arah trend.

article image

Dalam trend menaik, garisan trend dilukis sepanjang aras rendah carta. Dalam kebanyakan kes, adalah mungkin untuk melukis garisan selari yang menghubungkan titik tinggi, yang menghasilkan satu saluran trend. Walau apa pun, dalam trend menaik, garisan yang melalui aras rendah adalah lebih penting kerana sebaik sahaja harga menembusi ke bawahnya, ini bermaksud trend telah berubah.

Tip #2: Setiap rangka masa mengandungi tempoh aksi harga yang berbeza. Merujuk pada rangka masa 1h, anda akan melihat apa yang telah berlaku pada harga aset sepanjang beberapa bulan. Jika anda beralih kepada 1j, anda boleh perhatikan tindakan harga selama beberapa hari dengan lebih terperinci. Secara semula jadi, trend dalam rangka masa ini adalah berbeza. Jadi, seperti yang diterangkan dalam pelajaran sebelum ini tentang rangka masa, sentiasa semak rangka masa yang lebih besar untuk melihat trend jangka panjang.

Sokongan dan rintangan

Ini adalah tahap penting pada carta harga. Ia bertindak sebagai halangan visual untuk harga. Apabila harga mencapai salah satu tahap ini, ia berkemungkinan tinggi menukar arah.

- Sokongan ialah kawasan di bawah harga semasa, di mana tekanan membeli mungkin melebihi tekanan menjual, menyebabkan harga untuk melantun ke arah atas. Ia bertindak sebagai lantai yang mungkin tidak dapat ditembusi oleh harga.

- Rintangan, sebaliknya ialah kawasan di atas harga semasa, di mana tekanan menjual boleh melebihi tekanan membeli, menolak harga ke arah bawah. Ia bertindak seperti siling yang harga mungkin tidak dapat ditembusi.

article image

Mengenal pasti sokongan dan rintangan

Berikut adalah beberapa jenis tahap sokongan dan rintangan.

1. Swing tinggi dan rendah

Swing tinggi ialah lilin dengan sekurang-kurangnya dua LH pada sebelah kiri dan kanan, dan swing rendah ialah lilin dengan sekurang-kurangnya dua HL pada kedua-dua belah.

article image

2. Tahap psikologi

Harga yang berakhir dengan "00" seperti 1.4000 atau 105.00 sering kali bertindak sebagai tahap sokongan dan rintangan utama. Ini disebabkan oleh kesan psikologi angka-angka ini terhadap pedagang.

3. Purata Bergerak

Purata bergerak, terutamanya dengan jangka panjang, juga boleh berfungsi sebagai tahap sokongan dan rintangan dinamik.

4. Garisan trend

Ini boleh menyediakan tahap sokongan dan rintangan pepenjuru, membantu mengenal pasti kawasan penting berpotensi dalam pasaran yang mengalami trend.

article image

Setelah mengenal pasti kawasan sokongan dan rintangan, anda boleh melukis garisan mendatar pada carta. Pembantu visual ini memberitahu anda bila untuk bertindak apabila harga menghampiri tahap-tahap ini di masa hadapan.

Tip #3: Secara umumnya, semakin banyak tahap sokongan atau rintangan diuji (oleh harga mencapai, tetapi tidak melebihi atau menembusinya), semakin kuat tahap itu. Ini boleh menjadikan tahap sebagai penghalang yang lebih dipercayai untuk tindakan harga masa hadapan.

Tip #4: Apabila harga menembusi tahap sokongan atau rintangan, kebanyakan kali peranan tahap akan disongsangkan. Setelah ditembusi, tahap rintangan boleh menjadi tahap sokongan dan sebaliknya.

Anda boleh menggunakan sokongan dan rintangan untuk mencari tahap masuk dan keluar untuk dagangan anda, terutamanya jika digabungkan dengan analisis trend. Jika harga membalik ke arah menaik dari sokongan dan terdapat trend ke arah menaik, ini adalah peluang bagus untuk membuka dagangan Naik. Sebaliknya, jika harga bergerak ke arah bawah dari rintangan dan terdapat trend aliran menurun, pertimbangkan untuk membuka dagangan Turun.

Seterusnya

Dalam pelajaran seterusnya, anda akan belajar tentang penunjuk teknikal untuk membantu anda memahami carta dengan lebih baik dan meramal pergerakan harga masa depan.