Olymptrade menawarkan pelbagai jenis aset untuk didagangkan. Klik pada nama aset di atas tetingkap carta (1). Beralih antara tab Fixed Time dan Forex (kami akan menerangkan mod ini dalam sesi seterusnya), untuk melihat aset-aset yang ditawarkan (2). Senarai ini termasuk mata wang, logam, komoditi, saham, indeks, kripto, ETF, komposit dan OTC.

Dunia perdagangan sangat luas. Dalam pembelajaran ini, kami akan merungkai perbezaan antara aset perdagangan dan terokai potensi keuntungan masing-masing. Anda juga akan belajar tentang instrumen perdagangan yang terbaik untuk pedagang baharu.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda tahu.
1. Analisis carta adalah universal. Segala yang anda pelajari tentang trend, pola dan penunjuk teknikal boleh digunakan untuk mana-mana aset yang anda pilih untuk dagangkan.
Contohnya, penunjuk Purata Bergerak akan berfungsi untuk saham dan juga kripto.
2. Harga aset berubah disebabkan pelbagai faktor. Faktor tertentu berkait dengan persekitaran ekonomi global dan nasional, manakala yang lain adalah khusus kepada aset tertentu.
Sebagai contoh, kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat mungkin mempengaruhi harga kebanyakan aset. Dolar AS mungkin menyusut, menjejaskan pasangan mata wang yang melibatkan USD. Pelabur di seluruh dunia mungkin menjual aset yang lebih berisiko seperti saham, indeks dan mata wang kripto dan menyebabkan kejatuhan harganya. Prospek pengeluaran yang lebih rendah akan memberi tekanan pada harga minyak. Permintaan untuk emas yang lebih selamat pula mungkin meningkat dan menaikkan harganya. Tetapi ini adalah versi ringkas tentang apa yang berlaku dalam pasaran kewangan, namun anda faham idea di sebaliknya.
Jika Apple melaporkan hasil kewangan yang kurang baik, berita ini berkemungkinan tinggi mempengaruhi harga saham Apple. Kami akan menerangkan cara untuk menggunakan analisis ekonomi dan berita dalam sesi yang lain.
Terma dan jadual perdagangan
Klik pada ikon maklumat di sebelah nama aset. Anda akan dapat tahu butiran lanjut mengenainya: dinamik harganya, terma perdagangan dan jadual (bila perdagangan dibuka).

Aset yang disyorkan untuk pedagang pemula
Mulakan dengan beberapa aset dan cuba memahaminya, berdagang dengan akaun demo dan akaun sebenar. Dengan masa yang berlalu, anda akan dapat mengembangkan portfolio perdagangan anda.
Berikut adalah beberapa instrumen perdagangan yang mungkin lebih sesuai untuk pedagang baru di Olymptrade.
1. Pasangan mata wang
Pasaran untuk mata wang adalah aktif 24/5. Apabila anda membuka carta semasa tempoh ini, anda akan melihat harganya berubah secara dnamik, dan anda boleh membuat dagangan. Anda juga boleh dagangkan pasangan matawang tertentu pada hujung minggu menggunakan aset OTC dalam mod FTT. Perdagangan OTC dilaksanakan di luar bursa rasmi, membolehkannya didagangkan pada hari Sabtu dan Ahad, semasa sesi perdagangan utama ditutup.
Pertimbangkan pasangan mata wang sebagai aset tunggal di mana satu mata wang ditetapkan dalam harga mata wang yang lagi satu. Jadi, jika EUR/USD disebut harga pada 1.1000, ini bermaksud 1 euro berharga 1.1 dolar AS. Kenaikan dalam EUR/USD bermaksud euro sedang meningkat dan dolar AS sedang menyusut.
Mulakan dengan pasangan mata wang utama seperti EUR/USD, GBP/USD or USD/JPY — pasangan mata wang yang paling kerap didagangkan.
2. Saham
Perdagangan saham membolehkan anda menjana keuntungan daripada kenaikan dan penurunan harga syer dalam syarikat dagangan awam seperti Apple, Facebook atau Coca-Cola. Anda boleh memantau berita tentang pendapatan dan produk baharu syarikat ini. Ambil maklum bahawa perdagangan saham dibuka pada masa tertentu, bergantung pada zon waktu bursa di mana saham tersebut disenaraikan.
Mulakan dengan syarikat yang popular dan terkenal, kerana ia cenderung mempunyai harga saham yang lebih stabil.
3. Komposit
Asia Composite Index dan komposit lain biasanya berdasarkan aset bertoken, sesuai untuk perdagangan harian dan dibuka untuk dagangan hampir pada setiap masa. Ia selalu mempunyai trend yang lebih stabil, yang lebih mudah diramal untuk pedagang pemula.
Luaskan kepelbagaian secara beransur-ansur
Fokus pada instrumen perdagangan yang anda fahami dan mempunyai harga yang dinamik. Adalah penting untuk mula dengan kecil, gunakan teknik pengurusan risiko yang sesuai dan tingkatkan pendedahan perdagangan anda secara beransur-ansur. Dengan pengalaman yang ditimba, anda boleh beralih kepada jenis aset yang lain. Pertimbangkan beberapa aset ini.
Emas adalah aset popular yang boleh menyediakan kepelbagaian dan melindung nilai terhadap inflasi. Perdagangan untuk emas dibuka 24/5.
ETF (dana dagangan bursa) akan membolehkan anda berdagang atau melabur dalam sekumpulan saham, bon atau aset lain. SPDR S&P 500 ETF ialah titik permulaan yang bagus.
Matawang kripto menawarkan pelbagai peluang untuk memperdagangkan pergerakan harga yang besar dan pesat.
Aset kripto di platform adalah bebas daripada risiko godaman yang kadangkala dialami oleh bursa kripto. Pasaran kripto dibuka 24/7.
Seterusnya
Dalam sesi seterusnya, anda akan belajar tentang mod yang berbeza untuk perdagangan aset yang anda pilih.