Apakah itu Stochastic?
Penunjuk Stochastic adalah sebuah oscillator (pengayun).
Ia membantu menjejak perubahan harga aset dan oleh itu, mengenal pasti titik optimum untuk memasuki pasaran.
Stochastic terdiri daripada 2 garisan yang dipaparkan dalam skala 100 hingga 0.
Garisan oscillator merentasi sempadan pada 20 dan 80, dan membantu mengenalpasti harga aset yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Garisan pertama (%K) menunjukkan harga tutup semasa untuk julat harga yang terpilih.
Yang kedua pula (%D) ialah purata bergerak ringkas, yang dikira berdasarkan garis pertama (%K).