• Olymptrade tidak membenarkan pelanggannya menggunakan pihak ketiga untuk mengurus akaun mereka. Kami berbuat demikian untuk melindungi pemegang akaun daripada penipuan.
• Deposit dan pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh pemegang akaun. Olymptrade mematuhi peraturan Kenali Pelanggan Anda (KYC) dan memadankan sumber deposit dan pengeluaran dengan akaun sebenar.
• Pekerja dan ahli gabungan rasmi Olymptrade tidak akan sesekali meminta anda memberi mereka akses kepada akaun anda. Mereka tidak akan sesekali meminta maklumat sensitif anda dalam mesej peribadi atau menghubungi anda secara peribadi untuk menawarkan bonus atau layanan istimewa. Semua maklumat tentang tawaran dan acara promosi syarikat tersedia secara terbuka pada laman web Olymptrade www.olymptrade.com atau dalam komuniti media sosial rasminya.
• Perkhidmatan pelanggan Olymptrade sentiasa bersedia untuk menyelesaikan isu atau kebimbangan anda. Jika sesiapa menghantar tawaran atau permintaan kepada anda bagi pihak Olymptrade, sila hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami dengan segera.