Terdapat banyak jenis penipuan perdagangan. Sesetengah daripada penipuan ini direka khas untuk pelanggan Olymptrade. Berikut merupakan beberapa contoh.
Wakil Olymptrade Palsu
Seseorang akan menghubungi anda secara dalam talian dan menyatakan bahawa dia merupakan pekerja Olymptrade. Biasanya, penipu tersebut akan meminta pengguna memberikan dokumen/data peribadi mereka atau berkongsi log masuk dan kata laluan akaun mereka. Wakil palsu mungkin akan mengatakan bahawa mereka memerlukan maklumat itu untuk mengesahkan akaun anda. Selain itu, mereka mungkin berjanji untuk mengkreditkan bonus besar ke dalam akaun anda atau membantu anda menjana wang menggunakan kelemahan platform.
Laman Web Olymptrade Palsu
Penipu akan mencipta laman web palsu dengan meniru sumber rasmi Olymptrade. Pada laman web ini, mereka akan menawarkan kepada anda supaya memasukkan log masuk dan kata laluan anda atau menambahkan dana akaun anda untuk mendapatkan bonus yang besar. Dengan berbuat demikian, anda akan kehilangan akses kepada akaun sebenar anda dan wang anda.
Aplikasi Olymptrade Palsu
Aplikasi palsu berfungsi dengan cara yang sama seperti laman web palsu. Aplikasi palsu mungkin menyerupai aplikasi yang asli tetapi sering kali disertakan dengan janji yang tidak realistik seperti bot perdagangan dengan keuntungan terjamin, strategi dan isyarat sama menang, dan sebagainya. Sesetengah aplikasi ini berjaya memasuki gedung Google dan Apple.
Pemancingan Data atau Tetingkap Timbul
Penyerang akan menghantar e-mel atau mesej kepada anda yang direka supaya kelihatan seperti permintaan yang sah daripada Olymptrade. Mesej tersebut akan mengandungi pautan yang anda mesti ikuti untuk mengesahkan kata laluan anda atau mendapatkan bonus besar. Pautan berniat jahat ini akan menuju ke laman web Olymptrade palsu, iaitu tempat anda memasukkan data akaun anda atau membuat deposit.