Sesi sebut harga ialah tempoh apabila platform menerima dan menghantar sebut harga. Walau bagaimanapun, seseorang boleh membuat dagangan dalam sesi perdagangan yang lebih pendek, yang merupakan sebahagian daripada sesi sebut harga.
Sebagai peraturan, sesi sebut harga bermula 5-10 minit lebih awal dan berakhir 5-10 minit lebih lambat daripada sesi perdagangan. Ini adalah untuk melindungi pedagang daripada risiko ketaktentuan tinggi pada permulaan dan penghujung sesi sebut harga.
Sebagai contoh, sesi sebut harga untuk syer Apple bermula pada pukul 13:30 GMT (Masa Musim Panas AS) dan berakhir pada pukul 20:00. Sesi perdaganagn dengan syer Apple bermula dengan kelewatan selama lima minit, iaitu pada pukul 13:35. Dan ia berakhir pada pukul 19:55, iaitu 5 minit sebelum sesi sebut harga berakhir.