Earnings Reports boleh memberikan impak yang amat besar pada harga saham yang berkenaan. Selalunya, jika syarikat berjaya mengatasi ramalan pada pendapatan suku tahunan, saham syarikat tersebut akan naik dan sebaliknya. Pemerhatian pada sejarah syarikat dan prestasi semasa juga boleh memberikan bayangan tentang tahap kejayaan laporan yang akan dikeluarkan. Volatiliti sentiasa lebih tinggi semasa tempoh Earnings Season.