Trend berita adalah menarik kerana trend ini boleh menjadi sangat kuat dan mempunyai pembetulan yang minimum atau tiada sama sekali. Trend tempatan lazimnya bertahan selama beberapa jam dalam pasaran. Tidak disyorkan untuk berdagang bertentangan dengan pergerakan harga.
Namun, trend yang disebabkan oleh faktor asas boleh menjadi trend tempatan dan juga global – bertahan sehingga sebulan atau suku tahun. Trend sebegini adalah berdasarkan statistik makroekonomi, yang seperti permainan susun suai gambar, terdiri daripada kepingan-kepingan kecil dalam satu gambaran besar. Jika gambar ini positif, maka mata wang akan menjadi semakin kukuh. Jika gambaran ialah negatif, maka mata wang akan menjadi semakin lemah.