Analisis asas

Berita Rawak dan Tidak Dijangka

Berita tidak dijangka dan rawak lazimnya berita berkaitan politik atau persekitaran (jarang berkait dengan ekonomi). Sebagai contoh, berita tentang ketidakstabilan politik di Amerika Syarikat mungkin menyebabkan kejatuhan dolar AS. Peperangan mempunyai impak yang besar terhadap pasaran kewangan. Bencana alam dan bencana disebabkan manusia yang berskala besar boleh menyebabkan kerosakan yang besar terhadap ekonomi sesebuah negara dan sebagai akibatnya, kadar pertukaran mata wang negara tersebut terjejas.