Analisis teknikal

Purata bergerak eksponen

Purata bergerak eksponen (EMA) adalah sama dengan SMA dan WMA. Ia juga menunjukkan purata harga aset, membantu menentukan trend dan mencari titik kebalikannya, dan mempunyai tempoh yang boleh disesuaikan.

Perbezaannya ialah pada kaedah pengiraan. EMA, seperti WMA, meletakkan wajarannya kepada setiap nilai harga, dan yang paling penting ialah perubahan terkini dalam harga aset. Tetapi, tidak seperti WMA, wajaran berubah daripada setiap harga ke yang sebelumnya bukan secara linear dengan EMA tetapi oleh perubahan nilai.

Sebagai contoh, harga terakhir mendapat wajaran 2.0, harga sebelumnya — 1.6, dan sebelumnya lagi — 1.0 dan begitulah seterusnya. Oleh itu, EMA lebih laju daripada SMA dan WMA, dalam hal bagaimana ia bergerak balas terhadap turun-naik harga.

Purata bergerak eksponen sesuai untuk perdagangan intrahari dan berdagang pada aset mudah berubah. Penunjuk ini sesuai digunakan pada carta lilin.

Membuka dagangan pada kebalikan harga aset adalah disyorkan. Jika garis EMA telah berubah arah, ia menaik selepas bergerak ke bawah dan sebaliknya, dan menyilangi carta lilin, jadi trend telah berubah.

Jika EMA berhenti bergerak ke bawah, menaik dan menyilangi carta lilin, kebanyakan harga aset berkmungkinan akan terus meningkat. Anda boleh berdagang untuk meningkat.

Jika purata bergerak berhenti bergerak ke atas, menurun dan juga menyilangi carta lilin, harga aset berkemungkinan akan terus jatuh. Anda boleh berdagang untuk mengurangkan.