Jika tahap dibina dengan betul, pembalikan harga boleh dijangka. Dalam kes ini, kami mencadangkan untuk membuka dagangan pada arah bertentangan trend.
Namun, trend menembusi tahap penting dari masa ke masa dan terus bergerak pada arah semasa. Ini bermakna trend adalah cukup kuat, dan anda harus membuka dagangan pada arah penembusan ini.
Masa terbaik untuk melakukan ini ialah apabila harga menyentuh tahap dari sebelah yang lain. Ini dipanggil ujian semula. Apabila harga menembusi tahap rintangan dan kemudian kembalik ke bawah, buka dagangan naik. Apabila harga menembusi tahap sokongan dan kemudian kembalik menaik, buka dagangan turun. Berikutan penembusan tahap, sokongan boleh menjadi rintangan, dan rintangan boleh menjadi sokongan.