Analisis teknikal

Alat Perdagangan: Penunjuk

Penunjuk adalah algoritma yang membolehkan pedagang menerima data tentang harga masa depan berdasarkan data sebut harga tempoh tertentu.

Setiap penunjuk analisis teknikal adalah berdasarkan satu formula spesifik. Formula ini membantu membuat pengiraan yang kemudiannya ditukar kepada garisan, carta dan elemen grafik yang lain. Dengan unsur-unsur ini, pedagang boleh menganalisa harga semasa dan membuat ramalan. Formula berbeza mengikut jenis penunjuk atau tujuannya. Contohnya, satu formula mengira purata harga untuk tempoh terntentu; formula lain mengira harga penutupan dan pembukaan pasaran, dan sebagainya.