Pengesahan

Kaedah Pembayaran

Sistem E-bayaran

Untuk melengkapkan pengesahan e-dompet, hantarkan tangkapan skrin yang menunjukkan transaksi yang anda lakukan ke Olymptrade. Gambar mestilah mengandungi nama anda, tarikh transaksi, dan jumlah.

Jika mustahil untuk memuatkan semua maklumat ke dalam satu gambar, muat naik fail PDF atau tangkapan skrin penyata e-dompet anda.

Pastikan maklumat dapat dilihat, sudut foto atau tangkapan skrin tidak dipangkas, teks pada gambar dapat dibaca dengan mudah, dan gamabr tidak disunting menggunakan editor grafik.

Kad Bank

Untuk mengesahkan kad bank, serahkan gambar hadapan kad tersebut. Perkara berikut mestilah dapat dilihat dalam satu gambar:

• Nama anda

• Tarikh tampat tempoh

• Enam digit pertama dan empat digit terakhir nombor kad (anda boleh menutup digit yang selebihnya)

Untuk mengesahkan kad digital, telah tamat tempoh, atau disekat, atau kad tanpa nama padanya, hantarkan salah satu dokumen berikut:

• Tangkapan skrin penyata bank dengan nombor kad anda dan nama anda.

• Tangkapan skrin penyata bank yang menunjukkan transaksi yang anda lakukan ke Olymptrade. Gambar mesti mengandungi nama anda, termasuk tarikh dan jumlah transaksi.

• Dokumen daripada bank anda yang mengesahkan bahawa anda adalah pemilik kad.

• Hantarkan halaman tangkapan skrin laman web bank anda atau aplikasi mudah alih bank yang menunjukkan transaksi yang anda lakukan ke Olymptrade. Gambar mesti mengandungi nama anda, termasuk tarikh dan jumlah transaksi.

Pastikan maklumat dapat dilihat, sudut foto atau tangkapan skrin tidak dipangkas, teks pada gambar dapat dibaca dengan mudah, dan gamabr tidak disunting menggunakan editor grafik.

Perbankan Dalam Talian

Gunakan salah satu daripada tiga cara ini untuk mengesahkan kaedah pembayaran anda.

1. Hantarkan gambar penyata yang menunjukkan transaksi yang anda lakukan ke Olymptrade menggunakan bank anda. Gambar mestilah mengandungi yang berikut:

• Nama anda

• Tarikh dan jumlah transaksi

2. Hantarkan fail PDF penyata bank jika anda tidak dapat memuatkan nama anda dan tarikh serta jumlah transaksi ke dalam satu gambar.

3. Hantarkan halaman tangkapan skrin laman web bank anda atau aplikasi mudah alih bank yang menunjukkan transaksi yang anda lakukan ke Olymptrade. Gambar mestilah mengandungi yang berikut:

• Nama anda

• Tarikh dan jumlah transaksi

Pastikan maklumat dapat dilihat, sudut foto atau tangkapan skrin tidak dipangkas, teks pada gambar dapat dibaca dengan mudah, dan gamabr tidak disunting menggunakan editor grafik.